Bahasa Melayu


Stop ASP adalah satu gerakan rakyat Sarawak yang melancarkan satu kempen anti kilang peleburan Aluminium melalui internet. Kami ingin menggunakan saluran ini untuk menyampaikan maklumat tentang kilang peleburan Aluminium yang membahayakan kesihatan manusia dan mencemarkan alam sekitar. Kami juga ingin mendapat lebih banyak perhatian daripada para warga Malaysia untuk menggesa kerajaan menghentikan operasi kilang dan mengharamkannya.

Apa itu ASP?
ASP ialah singkatan untuk Aluminium Smelting Plant, iaitu kilang peleburan Aluminium.


Latar belakang:
Mengapa Kilang Peleburan Aluminium (ASP) perlu dihentikan?
1. EMPANGAN AIR
Pembinaan empangan air untuk membekalkan tenaga elektrik yang tinggi kepada ASP akan memusnahkan persekitaran semula jadi di Sarawak. Malahan jangka hayat sesebuah empangan air adalah sekitar 50 tahun sahaja.

2. MASALAH KESIHATAN
Kilang Peleburan Aluminium membahayakan kesihatan penghuni-penghuni tempatan. Beberapa video yang disiarkan dalam Youtube menunjukkan penduduk Balingian telah menyaksikan kesan kewujudan kilang ini- Peningkatan yang ketara dalam bilangan kanak-kanak yang jatuh sakit, tumbuh-tumbuhan yang mati dan bilangan ikan yang semakin berkurangan, dan lain-lain.

3. PENCEMARAN
Sisa kilang yang dihasilkan oleh Kilang Peleburan Aluminium akan menyebabkan pencemaran. Sekiranya sisa berbahaya itu tidak dikendali secara berhati-hati, contohnya: disalurkan ke sungai, pembocoran bekas sisa, dan lain-lain, para penghuni yang mendiami tepi sungai akan menderita. Dengan sikap kerajaan negeri Sarawak yang mengalu-alukan projek Kilang Peleburan Aluminium ini, akibatnya seluruh Sarawak akan terjejas pada akhirnya.


PERMINTAAN: 
1. Kami menggesa Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sarawak menghentikan operasi Kilang Peleburan Aluminium di Balingian dan mengharamkan pembinaan kilang ini di seluruh Malaysia.

2. Kami menggesa Kerajaan Negeri Sarawak supaya menyiasat secara mendalam tentang isu kesihatan dan persekitaran yang muncul di Balingian dan mendedahkan laporan penyiasatan kepada orang awam.

No comments:

Post a Comment